Home Berita PAS Kelantan

Pemasangan karpet di Masjid Mukim Sungai Sam

152
SHARE

KUALA KRAI, 11 Sept: Masjid Mukim Sungai Sam yang baru siap dinaiktaraf oleh pihak KESEDAR, memerlukan pemasangan karpet baharu telah pun berbuat demikian hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, melalui peruntukan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai, karpet baharu telah siap dipasang sebagai persediaan pembukaan masjid oleh pihak berkuasa agama negeri pada bila-bila masa ekoran penularan COVID19.

“In sya Allah, apabila masjid dibuka nanti, ruang masjid yang selesa dengan karpet baharu yang cantik akan memberikan keselesaan kepada para jemaah untuk menunaikan solat dan melakukan ibadat”.

Beliau turut mengajak penduduk Kuala Krai untuk bersiap sedia bagi mengimarahkan masjid apabila diberi kebenaran untuk berbuat demikian.