Home Rencana PAS Kelantan

Kereta api DMU: Urat dan nadi Dabong

182
SHARE

Saya berkesempatan singgah di Stesen Keretapi Dabong dalam program di Dabong semalam.

Kereta api sangat ‘dekat’ dengan saya dan penduduk Kuala Krai. Malah ia seakan urat dan nadi kepada penduduk di Kuala Krai khususnya Dabong.

Saya masih ingat semasa kanak-kanak, saya sering menaiki kereta api malah banyak kenangan berkaitan kereta api. Antaranya saya sangat teruja melihat bukit korek di Kuala Gris.
Perjalanan kereta api dari stesen Kuala Krai ke Dabong di sajikan dengan 8 terowong dan masyarakat setempat memanggilnya “bukit korek”.

Tiga terowong di antara Slow Mengkuang-Bukit Abu dan lima lagi terowong antara Kuala Gris ke Dabong.

Fenomena ‘Train to Dabong’ yang melanda masyarakat Kelantan baru-baru ini membuka peluang perniagaan untuk penduduk setempat meraih pendapatan kerana keunikan Dabong. Air terjun Jelawang, Gua Ikan dan menaiki kereta api semestinya merupakan pengalaman terbaik yang terdapat di Dabong.

Saya sempat bertemu dengan Pengurus Stesen Keretapi Dabong dan bertanya khabar tentang perkhidmatan kereta api di sini. Saya juga dibawa meninjau dan diberi kesempatan untuk menandatangi buku pelawat.

Saya tertarik dengan keadaan stesen yang sangat bersih. Terdapat perpustakaan mini untuk kegunaan penumpang yang menunggu. Kemudahan sebegini merupakan peluang yang baik untuk penumpang mengisi masa menunggu mereka.

In Sya Allah sedikit masa lagi apabila sektor pelancongan dibuka secara penuh, Dabong pasti akan kembali mendapat kunjungan ramai dan secara tidak langsung membuka peluang pendapatan kepada rakyat Dabong.

YB Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai