Home Berita PAS Kelantan

Bakul Bantuan Hasil Prihatin untuk penduduk Guchil

45
SHARE

KUALA KRAI, 12 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman berkesempatan menyampaikan Bakul Bantuan Hasil Prihatin Untuk Penduduk Guchil. Acara pengagihan tersebut diadakan secara ringkas di Dewan Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Sungai Durian.

Bakul Bantuan Hasil Prihatin ini ialah bantuan yang di sumbangkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk Parlimen Kuala Krai.

Abdul Latiff mengucapkan terima kasih kepada LHDN untuk sumbangan yan bermakna ini dan beliau berharap semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada penerimanya untuk menghadapi musim yang sukar ini.