Home Artikel PAS Kelantan

Pelaksanaan Peruntukan Awal Pemberian Khas RM400 Juta

728
SHARE

KOTA BHARU: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan perbelanjaan RM52.5 juta daripada RM400 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan disember lalu akan digunakan bagi tujuan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan khususnya.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob berkata, pelaksanaan awal hasil bantuan ‘one-off’ itu akan digunakan untuk membina dan membaiki rumah Ad-dhuafa’ dengan peruntukan berjumlah RM400 ribu bagi setiap DUN.

“Sebanyak RM100 ribu diperuntukan bagi setiap DUN untuk membaik pulih jalan-jalan kampung. Manakala RM 30 juta bagi membina mini loji dan menaiktaraf loji bagi meningkatkan bekalan air terawat kepada rakyat khususunya kawasan kota bharu; kedai buluh, perol dan ketereh. Bachok; telok mesira dan jelawat. Tumpat; wakaf bharu dan terakhir Pasir Mas di Meranti baru” katanya ketika ditemui pihak media selesai mesyuarat exco.

Tambahnya lagi, peruntukan awal tersebut adalah sebagai langkah segera untuk memastikan kesejahteraan rakyat tercapai dan kesemua projek berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Segala perbelanjaan peruntukan turut dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa.

Surat khas mengenai bantuan berkenaan diterima daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember. Dr Mahathir dalam surat khasnya itu memaklumkan peruntukan berkenaan adalah untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan.- UPKN KELANTAN 12/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2599322533635431