Home Artikel PAS Sabah

PAS rakam ucapan takziah kepada mangsa bot karam Sandakan

4595
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain
13 Februari 2020

SANDAKAN : PAS Kawasan Sandakan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bot karam yang melibatkan penumpang dari Kampung Tanjung Aru ke Pasar Besar Sandakan yang berlaku awal pagi tadi.

Yang Dipetua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid ketika ditemui pagi ini berharap agar keluarga mangsa bersabar dengan ujian yang melanda.

“Kita doakan agar kejadian ini tidak merangut sebarang nyawa dan mengharapkan mangsa-mangsa yang telah dihantar ke hospital berada dalam keadaan stabil,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Sahar turut mengingatkan pengusaha-pengusaha bot penumpang untuk memastikan aspek keselamatan penumpang diutamakan sepanjang operasi antaranya dengan menyediakan jaket keselamatan kepada semua penumpang.

Dalam kejadian yang berlaku kir-kira jam 6 pagi itu, sebuah bot penumpang yang membawa 30 orang penumpang antaranya pelajar sekolah telah karam akibat berlanggar dengan kapal tunda di Perairan Sandakan.

Difahamkan 16 mangsa telah dihantar ke hospital, sementara seorang lagi masih belum ditemui dan agensi penyelamat juga sedang berada di lokasi tragedi bagi Operasi Menyelamat.