Home Artikel PAS Kelantan

Lim Guan Eng Yang Menggelapkan Negara Ini

4227
SHARE

Saya membaca kenyataan Lim Guan Eng tentang negara ini akan melalui zaman gelap seperti Kelantan jika PAS berkuasa dan ‘Pakatan Nasional’ berbahaya kepada negara.

Ternyata saudara Lim tidak sedar diri bahawa Malaysia kini sedang berada di zaman gelap yang paling teruk di bawah beliau sebagai menteri kewangan.

Janji manifesto dicapati, penjualan aset negara seumpama menjual goreng pisang panas, berbagai insentif di potong, malah ekonomi negara tidak langsung berkembang dan lebih teruk rakyat sengsara dengan kenaikan harga barang.

Lebih memedihkan, beberapa keistimewaan Melayu di cabul dan cuba dihapuskan, isu perkauman semakin melebar. Ternyata Lim dan DAP benar-benar menjadi kaduk naik junjung.

PAS dan Kelantan menjadi sasaran utamanya terhadap kesemua kesalahan yang dilakukan. Seakan-akan DAP dan kerajaan Pakatan Harapan suci sesucinya.

Cukuplah Lim meluruskan benang yang basah, keresahan rakyat tentang buruknya ekonomi negara ini dan pencabulan terhadap Melayu ianya bermula bila DAP menjadi kerajaan.

Rakyat tahu di mana akhirnya DAP mahu membawa negara dan siapa yang menyebabkan negara dalam bahaya?

Abdul Latiff Abdul Rahman,
Ahli Parlimen Kuala Krai.

17 Jamadil Akhir 1441
11 Februari 2020.

Sumber: https://www.facebook.com/UstazLatiff4KualaKrai/posts/2985432044833569