Oleh: Tahirah Mat Hussain
PADANG TERAP – Sembilan orang pelajar menerima sumbangan Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM300 setiap seorang.
Sumbangan tersebut bagi membantu mengurangkan beban keluarga pelejar yang kurang kemampuan untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin mewakili kerajaan negeri bagi menyampaikan sumbangan tersebut di pejabat Pusat Khidmatnya di sini, hari ini.
“Bagi mematuhi SOP yang dtetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada sebarang majlis keraian dilakukan sebagaimana kebiasaan,” katanya.
Pelajar datang serta membuat pendaftaran MySejahtera, pemeriksan suhu, lalu terus diberi sumbangan dan pulang.
“Saya faham bukan senang seseorang itu mahu masuk universiti. Ianya perlu pengorbanan dari pelbagai aspek dan kesungguhan yang tinggi.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tempat di IPT dan diharapkan dapat menabur bakti di kampung halaman suatu masa nanti,” tambahnya.
Berkongsi maklumat berkaitan, Mohd Radzi memaklumkan mereka yang ingin membuat permohonan BAKIPT boleh melayari laman sesawang i-BAKIPT – SPPNK di https://sppnk.kedah.gov.my.