Home Berita PAS Kedah

Penduduk diseru dapatkan saringan COVID-19 secara percuma

150
SHARE

SUNGAI PETANI – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan mengadakan saringan bersasar COVID-19 bagi Daerah Kuala Muda bertempat di Masjid Kariah Matang Gedong, di sini bermula jam 9 pagi esok.

Inisiatif ini akan menjalankan operasi sehingga jam 1 petang setiap hari sehingga 15 Julai ini di mana pendaftaran di terima secara atas talian yang mesti dibuat selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh saringan.

Pendaftaran bersyarat ini hendaklah dibuat menerusi pautan http://apps2.kdh.moh.gov.my/saringancovid/frontpage.php dan sekiranya bermasalah boleh WhatsApp ke talian 019-536 5147.

Saringan menggunakan ujian jenis RTK Antigen ini diberikan secara percuma di mana keputusan boleh diperolehi dalam tempoh 30 minit hingga 1 jam dan jika positif ujian PCR akan dijalankan pada hari sama juga percuma.

Mereka yang disasarkan untuk menjalani saringan ini adalah kalangan bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau selsema; warga emas berumur 60 tahun ke atas; atau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19.

Juga termasuk pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, paru-paru, jantung dan lain-lain.