Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Umumkan Calon Anak Muda Wakili Parlimen Port Dickson

2855
SHARE

PAS UMUMKAN CALON ANAK MUDA WAKILI PARLIMEN PORT DICKSON.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding dalam PRU14 akan datang di Negeri Sembilan.
.
Pengumuman tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Mustaffa Daharun, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Ampangan, Negeri Sembilan.
.
Dalam PRU14 akan datang, PAS akan menghantar calon anak muda yang beriman dan budiman bagi mewakili rakyat di Parlimen Port Dickson.
.
Calon yang dimaksudkan ialah Ustaz Mahfuz Roslan, 34 tahun yang kini merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.
.
Ustaz Mahfuz Roslan sememangnya tidak asing bagi warga Port Dickson khususnya di kawasan Chuah dan Bukit Pelanduk. Ini disebabkan beliau merupakan pengasas dan mudir pondok moden yang menempatkan huffaz yang bukan sahaja menghafaz al-Quran tetapi mendalami ilmu agama.
.
Menjadikan Ustaz Mahfuz Roslan sebagai Ahli Parlimen bermaksud Malaysia akan mempunyai seorang anak muda berintegriti, berprinsip, berpenglaman luas dalam bidang agama, pendidikan dan pembangunan remaja, malah membawa suara Port Dickson lebih jauh.
.
Untuk kerusi Dewan Undangan Negeri pula, PAS mengumumkan menghantar dua orang calon untuk DUN Sri Tanjung dan DUN Linggi.

Calon DUN Linggi, Saudara Noor Mohamad Rizal Ishak merupakan individu mahir dalam bidang kejuruteraan, dan beliau juga merupakan seorang kontraktor.

Calon DUN Sri Tanjung, Tuan Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zain pula merupakan Pengarah Strategik PAS Negeri Sembilan. Beliau merupakan individu mahir dalam bidang keselamatan dan kesihatan (S&H) dan mempunyai pengiktirafan dari agensi berkaitan S&H seeprti NIOSH. Beliau juga mpunyai pengalaman yang luas mengenai suasana di bandar Port Dickson, di samping turut menjadi pengerusi bagi jawatankuasa sebuah surau.

Ayuh berikan peluang untuk PAS mewakili anda di Parlimen Port Dickson, DUN Linggi dan DUN Sri Tanjung.

#NegeriSembilanSejahtera.