Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Salleh Abas

825
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Tun Dr. Mohamed Salleh Abas yang telah kembali ke rahmatullah akibat positif COVID-19 awal pagi tadi.
 
Almarhum yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 ini pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih pada tahun 1999 dan dilantik sebagai anggota EXCO semasa PAS berjaya membentuk kerajaan di Terengganu.
 
Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar buat negara terutamanya dalam bidang kehakiman dan perundangan.
 
Didoakan semoga Allah merahmati dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman.
 
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
 
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 Januari 2021 | 2 Jamadil Akhir 1442