Home Berita PAS Kedah

PAS Pokok Sena lancar Jentera Pilihanraya

305
SHARE

POKOK SENA, 21 Jul 2022 – Semangat menghadapi Pilihanraya semakin kuat, PAS Kawasan Pokok Sena telah mengadakan majlis pelancaran jentera pilihanraya bertempat di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini, malam tadi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, YB Dato’ Wan Romani Wan Salim berkata menjadi kewajiban untuk mempertahankan kemenangan DUN Bukit Pinang dan DUN Bukit Lada.

“Manakala meraih kemenangan di DUN Derga dan Parlimen Pokok Sena menjadi agenda utama,” ujarnya.

Tambahnya, PAS Kawasan Pokok Sena menerima kehadiran luar biasa sehingga ada yang terpaksa duduk di luar dewan bagi mengikuti ucapan taujihad Pimpinan Kawasan dan Negeri di Majlis Perasmian Jentera Pilihanraya PAS Pokok Sena malam kemarin.

“Ada beberapa amilin yang sedang diuji dengan beberapa keuzuran turut hadir memberi sokongan. Ada juga yang membawa anak kecil bersama, semuanya menjadi warna warni dalam perjumpaan malam tadi,” katanya.

Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya ini dihadiri oleh seluruh jentera pilihanraya yang merangkumi petugas-petugas pilihanraya di peringkat PAS kawasan Pokok Sena,Dewan Ulamak, Dewan Muslimat , Dewan Pemuda, JPrd Derga,  JPrD Bukit Pinang, JPrd Bukit Lada serta Unit Daerah Mengundi (UDM) di setiap cawangan didalam PAS kawasan Pokok Sena.

Majlis pelancaran Jentera Pilihanraya ini dirasmikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Kedah, Ustaz Helmi Abdul Wahab.

Turut hadir melancarkan Jentera Pilihanraya ialah Yang Dipertua PAS Pokok Sena YB Dato’ Wan Romani Wan Salim, Timbalan Yang Dipertua PAS Pokok Sena Syeikh Rodi Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Pokok Sena YB Ustaz Salim Mahmood dan Pimpinan PAS Pokok Sena.

Turut hadir Dewan Himpunan Penyokong PAS, Mr Lim dari Dun Derga.