Home Berita PAS Kedah

Rasmi Kejohanan Balapan dan Padang, Sekolah Kebangsaan Jerlun

291
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

JERLUN, 21 Jul – ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim hadir merasmikan sukan balapan Sekolah Kebangsaan Jerlun kelmarin.

Sukan balapan dan sukan padang telah diadakan buat kali ke-27 dan telah berlangsung secara gilang gemilang.

YB Cikgu Azhar berkata kesungguhan para pelajar bersukan secara langsung akan membantu mereka membina jati diri bagi menghadapi kehidupan masa depan yang kian mencabar.

“Manakala pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah adalah sama penting dalam mempersiapkan diri anak-anak bagi mencapai keseimbangan intelek, rohani, jasmani dan emosi,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang yang berjaya dan para pelajar yang mewarna-warnikan suasana dari awal hingga tamat kejohana.

“Tahniah juga kepada para ibu bapa hadir memberi sokongan kepada anak-anak serta turut mengambil bahagian dalam acara waris,” tambahnya.

Turut sama ialah Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Jerlun, Ustaz Mahathir Ahmad.