Home Berita PAS Kedah

Bantuan air dihantar ke Telok Amboi dengan segera

139
SHARE

PANTAI MERDEKA – Team Khidmat Malaysia PAS Kawasan Sungai Petani bersama Team Pusat Khidmat Wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat – N27 Pantai Merdeka dengan Segera turun ke Telok Amboi untuk menghantar bekalan air apabila mendapat aduan bekalan air terjejas.

Lebih kurang pukul 5 petang, Team Khidmat Malaysia PAS Sungai Petani yang mendapat maklumat berkenaan masalah bekalan air terputus di Telok Amboi bersiap dengan kekuatan sebuah Lori dan Tangki Air besar serta 10 Orang Sukarelawan Khidmat Malaysia dan PKWR DUN Pantai Merdeka.

Atas tanggungjawab dan keprihatinan Team PKWR terus bergegas bersama team khidmat malaysia PAS Sg Petani dengan ke Telok Amboi pada Pukul 5.00 Petang dan terus menyampaikan bekalan air dari rumah ke rumah yang terjejas sehingga Pukul 11.00 malam.

Diharap dengan bantuan segera dari Team Khidmat Malaysia PAS Sg Petani ini dapat membantu dan mengurangkan beban penduduk kampung yang terjejas bekalan air sementara menanti bekalan air pulih.

Asas kesungguhan kerja Team YB Ustaz supaya masyarakat dapat melaksanakan perintah wajib.

Insyaallah masyarakat tidak ada alasan meninggalkan solat 5 waktu dalam apa keadaan sekali pon.

Inisiatif YB ADUN membantu masyarakat mengurangkan masalah tersebut walaupun ianya bersifat sementara. Diharap pihak SADA dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan lebih baik.

Aduan boleh disampaikan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat – N27 Pantai Merdeka.