Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Ustaz Abu Bakar Abdullah

87
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Ustaz Abu Bakar Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.28 malam, 9 September 2021.

Semasa hayat, Almarhum pernah memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh.
Almarhum juga dianugerahkan Tokoh Istiqamah pada Muktamar Tahunan PAS ke-64.

Pemergian Almarhum yang banyak berjasa dan berkorban untuk parti merupakan kehilangan yang besar khususnya buat PAS sendiri.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
10 September 2021 | 2 Safar 1443