Home Berita PAS Melaka

Jemput ke Gerai Prihatin Rakyat PN di Taman Seri Aman, Sabtu ini

66
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 10 Sept: Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman menjemput orang ramai daripada golongan B40 untuk datang beramai-ramai membeli di Gerai Prihatin Rakyat pada Sabtu ini, 11 September, di hadapan Sekolah Kebangsaan Demang Taha, Taman Seri Aman.

Menurut Ustaz Imran semua golongan B40 yang tinggal di kawasan ini harus mengambil peluang ini kerana item yang dijual sangat murah.

“Seekor ayam, dua kilogram kentang dan sepapan telur, satu set barangan ni hanya RM10 sahaja. Memang sangat murah. Mana nak dapat? Kalau beli di pasaran sudah tentu jauh lebih mahal.

“Jadi saya seru, orang ramai daripada golongan B40 agar dapat datang beramai-ramai besok. Kita datang beli. Kasi habis!” ujar beliau bersemangat.

Menurut Ustaz Imran, mereka yang ingin membeli perlu membawa kad pengenalan dan harus beralamat di Negeri Melaka pada kad pengenalan mereka.

“Jualan ini bukan untuk keuntungan. Program ini anjuran Perikatan Nasional (PN) Melaka untuk membantu rakyat dan adalah inisiatif oleh Pengerusi Perhubungan PN Melaka sendiri, Datuk Wira Rafiq.

“Harganya sangat murah, jadi ia terhad kepada orang Melaka sahaja daripada golongan B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM4000.

“Dan satu rumah juga kita hadkan juga boleh beli satu set sahaja. Tapi jangan risau. Insya-Allah stok cukup,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi proses jual beli akan dilakukan secara pandu lalu untuk kereta dan motosikal daripada gerai-gerai yang disediakan.

“Datanglah ramai-ramai besok daripada pukul 10.30 pagi hingga 5.30 petang. Dan tolong sampai-sampaikan pada kawan-kawan yang layak.

“Program ini terbuka. Sesiapa sahaja golongan B40 dengan gaji bawah RM4000 boleh datang beli. Tak kira parti apa pun anda sokong, boleh datang. Asalkan mengikut syarat-syarat kelayakan tadi tu,” ujar beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.