Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 17 kematian baharu!

171
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 9 Sept: Sebanyak 17 kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 17 kes kematian baharu direkodkan hari ini, 10 kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah melibatkan empat mangsa wanita berumur 21, 37, 42 dan 77 tahun dan enam orang mangsa lelaki berumur 38, 41, 58, 74 dan 77 tahun.

Empat kes lagi direkodkan di Daerah Alor Gajah melibatkan dua mangsa wanita berumur 48 dan 69 tahun dan dua mangsa lelaki berumur 40 dan 49 tahun.

Sementara dua kes lagi dikesan di Daerah Jasin melibatkan mangsa lelaki berumur 18 dan 69 tahun.

Satu kes lagi tidak dinyatakan maklumatnya di dalam laporan JKN Melaka tersebut.

Kes positif

Menurut JKN Melaka lagi, daripada 340 kes positif baharu yang direkodkan itu, 335 kes adalah daripada kategori kes tempatan, satu kes daripada kategori kes import A, dua kes daripada kategori kes import B dan dua kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 203 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 53 kes di Daerah Jasin dan 84 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 434 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7214 kes masih dirawat dengan 74 kes adalah daripada kes ICU dan 25 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 340 kes hari ini ialah, 78 kes melibatkan kluster kilang; 102 kes melibatkan kontak keluarga; dua kes melibatkan institusi penjara; tujuh kes melibatkan tempat kerja (bukan kilang), sementara 93 kes lagi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Laporan kluster

Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Industri Jalan PK Satu yang dikesan di Daerah Melaka Tengah yang melibatkan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Krubong dengan 30 kes positif dicatatkan setakat ini.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.