Home Kenyataan Media PAS Melaka

PAS Melaka sokong penuh usaha tangani LGBT

24
SHARE

Kenyataan Media
PAS MELAKA MENYOKONG PENUH USAHA TANGANI ISU LGBT


PAS negeri Melaka mengambil pendirian kebersamaaan dengan usaha pihak Kerajaan Persekutuan melalui kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary dalam kenyataannya baru-baru ini berhubung usaha membanteras aktiviti golongan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Hakikatnya semua orang maklum kegiatan atau amalan yang dilakukan oleh LGBT ini di luar norma kehidupan manusiawi, apatah lagi mengikut acuan mana-mana agama sekali pun.

Kegiatan LGBT ini banyak mengundang kerosakan moral dan seterusnya boleh merencatkan usaha kerajaan dalam membina sebuah bangsa Malaysia yang dihormati.

Pada dasarnya saya amat setuju dengan keputusan mesyuarat tersebut yang meminta agar semua pihak berkuasa negeri yang berkenaan melakukan penambahbaikan undang-undang atau enakmen negeri masing-masing dalam usaha membendung kegiatan LGBT yang semakin menular sekarang.

Bagi pihak PAS Melaka, saya menyokong penuh apa sahaja usaha kerajaan ke arah membanteras kegiatan songsang ini.

DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka
25 Jun 2021 | Jumaat | 8.26pm