Home Ketua Penerangan PAS Pusat

LTSAAS kekal aset negara

65
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

LTSAAS KEKAL ASET NEGARA

Terima kasih diucapkan kepada kerajaan persekutuan atas pengumuman terkini yang mengesahkan tiada penjualan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Melalui kenyataan media Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan, LTSAAS kekal sebagai operator dibawah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sehingga tahun 2067 dan bertanggungjawab unutk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

PAS sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, YB Menteri Kewangan, dan YB Menteri Pengangkutan atas keprihatinan dan  bertanggungjawab menjaga aset-aset strategik negara yang memberi manfaat kepada rakyat seperti LTSAAS.

Sebaran khabar angin mengenai penjualan LTSAAS hendaklah dihentikan dengan segera.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
26 Jun 2021 | 15 Zulkaedah 1442