Home Berita PAS Melaka

Tazkirah haraki | Perjuangan bukan untuk main-main

148
SHARE

Oleh TUAN GURU HJ ZULKIFLI HJ ISMAIL

PERJUANGAN bukanlah suatu bentuk permainan. Ia adalah keputusan dan perlaksanaan. Ia adalah masa depan bangsa dan umat.

Perjuangan bukanlah untuk kehebatan pidato atau kekaguman ilmu atau kelicikan perdebatan. Ia adalah masa depan bangsa dan umat.

Perjuangan atas segala-galanya bukan tempat percubaan dan tidak menerima kesilapan dan tidak melayan orang-orang yang silap arah tujuan. Ia adalah masa depan bangsa dan umat. Antara hidup mulia atau hidup merana.

Jalan hadapannya terang jelas maka tempuhlah dengan bersungguh-sungguh dan bidang kerjanya sangat banyak maka jangan membuang masa sesiapa pun.

Oleh itu saya ulangi, PERJUANGAN BUKAN SATU BENTUK PERMAINAN.

Penulis adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
(Dipetik daripada Facebook Dewan Ulamak PAS Melaka – 25 Jun 2021)