Home Kenyataan Media PAS Melaka

PAS Melaka bidas kenyataan biadab Lim Kit Siang

54
SHARE

Kenyataan Media
Segera
PAS MELAKA BIDAS KENYATAAN BIADAB LIM KIT SIANG

PAS Negeri Melaka menzahirkan rasa terkejut dan marah dengan kenyataan biadab dan keterlaluan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini yang mendakwa bahawa ‘Kerajaan Allah Gagal’ dalam menguruskan Covid-19.

Kenyataan yang dibuat Kit Siang dalam satu hantaran di media sosial miliknya itu betul-betul menyentuh perasaan umat Islam di negeri dan negara ini, lebih-lebih lagi kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Sudah sampai masanya Kit Siang berundur dari dunia politik kerana kenyataan beliau kali ini sudah menggambarkan kemuncak kegagalannya menguruskan emosinya yang tidak stabil.

Permusuhan dalam politik ini ada batasannya yang perlu kita jaga dan hormati. Isu perkauman dan agama amat sensitif bagi semua orang juga di sisi undang-undang.

Saya tidak nampak isu ini sebagai kes terlepas pandang atau kecuaian biasa daripada pihak pemimpin kanan DAP tersebut. Justeru, saya mengharapkan pihak berkuasa dapat bertindak tegas terhadap beliau.

Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa PAS Melaka teramat dukacita di atas kenyataan Penasihat DAP tersebut dan menuntut beliau memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam dan Raja-Raja Melayu.

Di samping itu satu siasatan terperinci ke atasnya perlu dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

DATUK USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
• Pesuruhjaya PAS Melaka
• Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka
7 Julai 2021 | 27 Zulkaedah 1442