Home Berita PAS Perlis

‘Pereyuk PASTI’ hadiah buat warga PASTI Arau

80
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 7 Julai: PASTI Kawasan Arau hari ini mengedarkan sumbangan berupa kari ayam dan buah-buahan kepada para guru dan pembantu guru PASTI yang berkhidmat di kawasan berkenaan.

Menurut pengerusinya, Abd Hadi Halipah, sumbangan berkenaan sebagai menghargai khidmat mereka yang tetap komited melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini.

“Mereka tetap gigih menyediakan bahan pembelajaran kepada murid-murid meskipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran seperti capaian internet yang terhad dan kemudahan peranti yang bersesuaian.

“Maka, sebagai menghargai usaha gigih tersebut, PASTI Kawasan berasa terpanggil untuk menggerakkan program yang kami namakan ‘Pereyuk PASTI’ pada hari ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada para penyumbang atas sumbangan kewangan yang diberikan bagi menjayakan program ini,” katanya ketika dihubungi di sini pagi tadi.

Menurut beliau, sebanyak 80 bungkus pek sumbangan telah disediakan dan diserahkan kepada mereka yang berkenaan.