Home Berita PAS Negeri Sembilan

Kit Siang Hina Islam: Ulamak, Pemuda PAS Negeri Sembilan lapor polis

40
SHARE

Oleh: Amir Zikra

SEREMBAN, 7 Julai – Kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen DAP di laman Facebook miliknya baru-baru ini, Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan (DUPN9) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPN9) masing-masing membuat laporan polis di balai polis yang berasingan.

DUPN9 diwakili Setiausahanya, Ustaz Rahmat Mokhtar membuat laporan polis di Balai Polis Sikamat, Seremban sementara DPPN9 diwakili Ketua Jabatan Pilihan Raya, Ustaz Mahfuz Roslan di Balai Polis Bukit Pelanduk, Port Dickson.

Mengulas tindakannya, Ustaz Mahfuz percaya bahawa tulisan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang merupakan satu penghinaan ke atas agama Islam yang merupakan agama Persekutuan. Ia juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana ia mengembangkan permusuhan dan kebencian antara golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

Selain itu, tindakan Kit Siang juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pada 4 Julai lalu, veteran DAP itu memuat naik satu kenyataan dalam bahasa Inggeris di akaun Facebooknya dengan memutar belit dari kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang iaitu COVID-19 ujian Tuhan dan hanya Kerajaan Allah boleh menyelesaikannya.

Baca: Minda Presiden PAS: Pandemik Covid-19 dan pandemik politiking

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau juga turut telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota, Rembau semalam.

— TAMAT —

Laporan