Home Berita PAS Kelantan

PAS Kelantan kumpul lebih 2 juta untuk Palestin

127
SHARE

Satu majlis ringkas Penyerahan Sumbangan Kemanusiaan Palestin oleh Dewan-Dewan PAS Negeri dan PAS Kawasan seluruh Kelantan telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul PAS Kelantan setakat hari ini (21 Mei 2021) adalah RM 2,102,910.95. Sumbangan terbanyak dikumpulkan oleh PAS Kawasan Pengkalan Chepa (RM 225,738), diikuti PAS Kawasan Bachok (RM 211,586), PAS Kawasan Pasir Mas (RM 207,000) dan PAS Kawasan Tumpat (RM 206,626.40) serta kawasan-kawasan lain disamping sumbangan oleh beberapa NGO & individu yang hadir menyampaikan sumbangan.

Simbolik penerimaan sumbangan ini diterima oleh YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan & YB Ust Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Aid4Palestine Kelantan sambil disaksikan oleh YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.