Home Berita PAS Melaka

PAS konsisten kecam penubuhan Israel sejak 1948 – Ramli Dalip

201
SHARE

Oleh SITI HAJAR

HANG TUAH JAYA, 21 Mei : Yang Dipertua PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ramil Dalip berkata Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sentiasa mengecam usaha penubuhan negara haram Israel semenjak tahun 1948 lagi kerana konflik Palestin-Israel ini ialah isu akidah yang perlu dipertahankan oleh umat Islam.

“Sebagai umat Islam kita kena kecam perbuatan Israel sebab itu arahan Allah yang telah disebut dalam al-Quran. Negara Islam dibantai habis-habisan takkan kita nak duduk diam?

“Allah dah sebut dalam al-Quran berkenaan Yahudi. Al Quran ini sebagai petunjuk jalan kita yang sepatutnya menjadi panduan dalam kehidupan dan tak sepatutnya kita takut dengan manusia.

“Itu sebabnya bila kita jauh daripada al-Quran kita mudah dimanipulasi oleh pihak musuh Islam yang sengaja menjauhkan umat Islam daripada al-Quran,” jelas beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) petang semalam.

Gambar hiasan (Kredit foto : Google)

Tambah Ramli, negara-negara Arab yang tidak peduli terhadap Palestin sebenarnya sudah masuk ke dalam perangkap musuh yang mahu melihat umat Islam jauh daripada al-Quran dan leka menghadapi perang sesama bangsa seperti di Syria, Iraq serta Yaman.

Menurut beliau lagi, sokongan kepada Palestin juga tidak sepatutnya bermusim selain turut memuji ketekalan beberapa individu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang memperjuangkan isu Palestin dan bekerjasama menubuhkan sekretariat Aid4Palestine baru-baru ini.

“Di peringkat PAS Kawasan Hang Tuah Jaya sendiri, kita ada buat kutipan seperti arahan daripada PAS Negeri Melaka. Cuma sekarang nak berkumpul sesama ahli untuk solat Hajat berjemaah kita tak dapatlah buat sebab kekangan PKP.

“Yang ada, di masjid kita lakukan Qunut Nazilah setiap waktu Subuh dan lepas solat Isyak,” ulas beliau.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli PAS untuk istiqomah hadir ke masjid bagi memperkuatkan saf umat Islam dan menyambut baik arahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membaca Qunut Nazilah serta melakukan solat Hajat berjemaah di masjid.

Malah, beliau juga meminta semua ahli PAS dan rakyat Malaysia memperbanyakkan munajat memohon kepada Allah agar situasi perang di Palestin dan ‘perang’ Covid-19 di Malaysia berakhir segera.

“Teruskan menyumbang untuk Palestin melalui individu dan NGO yang dipercayai seperti Sekretariat Aid4Palestine yang terdiri daripada gabungan lebih 40 pertubuhan berdaftar ini,” ujar beliau lagi.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .