Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Gesa Siasat Segera Lim Guan Eng

7538
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PAS GESA SIASAT SEGERA LIM GUAN ENG

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM membuka kertas siasatan segera terhadap kemungkinan salah guna kuasa YB Lim Guan Eng sepanjang tempoh sebagai Menteri Kewangan.

Berhubung pendedahan kandungan sepucuk surat daripada Lim Guan Eng kepada Tan Sri Tommy Thomas yang tular di media sosial, surat ini mencetuskan tanda tanya berkenaan kes membatalkan arahan pembekuan empat akaun bank milik seorang Taikun. Dilaporkan bekas Peguam Negara itu, bertindak atas permintaan Lim Guan Eng dengan mengarahkan SPRM untuk melaksanakannya sekitar bulan Mei 2019.

Sekiranya isi kandungan surat ini benar, ia jelas menunjukkan Lim Guang Eng berkemungkinan menggunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan dan hubungan dengan Tommy Thomas untuk melepaskan akaun milik taikun berkenaan. Pihak berkuasa diminta agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

Sebelum ini, bekas Peguam Negara telah menggugurkan kes bekas Menteri Kewangan itu berkaitan tuduhan rasuah banglo oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

PAS menggesa satu tindakan susulan harus dilakukan pada kadar segera bagi melihat sebarang unsur menutup kes tertentu yang sudah pastinya membuka jalan kepada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa semasa mereka menerajui kerajaan sebelum ini.

PAS memandang serius perkara ini memandangkan sepanjang 22 bulan PH memerintah, pelbagai kes khasnya terkait secara langsung dengan DAP dan Menteri Kewangan yang digugurkan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
3 Jun 2020 | 11 Syawal 1441