Home Artikel PAS Wilayah

PAS WP Serah Memorandum Cadangan Polisi Pemandu Mabuk

717
SHARE

Oleh: Wan Syahirah Wan Jafri

Putrajaya, 2 Jun 2020- PAS Wilayah Persekutuan(WP) hari ini menyerahkan memorandum sokongan serta cadangan polisi pemandu mabuk kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di sini.

PAS Wilayah diwakili Pesuruhjayanya, Ustaz Azhar Yahya, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP), Ustaz Abdul Hadi bin Abdul Halim serta Bendahari BPPWP, Tuan Haji Fauzi bin Abu Bakar.

Serahan di Kementerian Wilayah Persekutuan diterima sendiri Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa, manakala serahan di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) disampaikan kepada Setiausaha Politik Menteri berkenaan, Tuan Wan Rohimi Wan Daud mewakili Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin bin Hassan.

Pertemuan berkenaan disambut baik kedua-dua kementerian dengan kerterbukaan mereka berdiskusi seputar solusi cadangan berkenaan dan kesediaan untuk meneliti cadangan solusi yang diberikan.

Dokumen berkenaan akan turut disampaikan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang dijadualkan pada esok, 3 Jun.

“Cadangan dan solusi dibuat bukan utk menghalang non-Muslim daripada mengakses minuman keras, tetapi mengawal pengambilannya agar tidak menimbulkan mudarat kepada masyarakat yang tidak terlibat”, ujar Ustaz Azhar Yahya yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Batu.