Home Uncategorized

PAS Galas Tanggungjawab Bela Isu Islam

137 views
SHARE

PAS Galas Tanggungjawab Bela Isu Islam

PAS bertanding sebanyak 130 kerusi dalam PRU 14 ini di seluruh negara, demikian kenyataan dibuat Presiden parti tersebut, Hadi Awang.

Jelasnya, PAS layak memerintah negara jika memenangi 112 kerusi.

“Parlimen ada 222 kerusi.

“Kalau kita menang 112 kerusi kita boleh perintah negara. Kalau Allah SWT izin.

“Bila ada kuasa kita boleh hapuskan GST. Harga barang kita boleh kawal, Kita boleh hapuskan PTPTN. Serba serbi kita boleh buat.

“Kalau kita menang 30 atau 40 kerusi. Kita jadi kuasa penentu.

“Surat khabar istilahkan sebagai King Maker,” kata Abdul Hadi menerusi ucapannya di Markas Besar Dun Jertih Jumaat lalu.

Meneruskan ulasan, beliau menjawab persoalan yang timbul iaitu dengan siapa PAS akan bergabung jika kita menjadi King Maker.

Menjawab persoalan tersebut, Hadi menegaskan partinya hanya akan bergabung dengan siapa yang menerima Islam dan meletakkan syarat Islam dalam pemerintahan.

“Kalau mereka berdua (BN dan PH) tak setuju dengan syarat kita. Mereka nak bentuk kerajaan bersama-sama. Tak apa.

“Kita boleh jadi pembangkang. Kita teruskan jadi pembangkang seperti sekarang,” tambahny