Home Uncategorized

Selamat Hari Guru 2020

257
SHARE

SELAMAT HARI GURU 2020

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah swt, selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik di seluruh negara, sama ada yang sedang menjadi guru mahupun yang sudah bersara.

Sesungguhnya segala pengorbanan guru amat disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat kerana jasa bakti yang menggunung dalam mendidik anak-anak bangsa sehingga menjadi insan yang berilmu dan berkeperibadian unggul.

Pemilihan tema ini Hari Guru 16 Mei 2020 Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu. bertepatan dengan peranan dan akauntabiliti yang tergalas di bahu para pendidik sebagai obor yang sentiasa beriltizam, berkualiti serta berhemah tinggi dalam memikul amanah sebagai pembina generasi gemilang pewaris negara.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Sekian, Terima Kasih

TUAN HAJI AZHAR BIN OMAR
TIMBALAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN WANGSA MAJU