Home Setiausaha Agung PAS

Calon PAS PRU 14 dan penerimaan keahlian baru

2,515 views
SHARE

Kenyataan Media PAS Pusat
CALON PAS PRU 14 DAN PENERIMAAN KEAHLIAN BARU

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Harian pada hari ini di Pulau Pinang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan dihadiri oleh semua 12 orang ahlinya.

Dalam Mesyuarat tersebut, Jawatankuasa telah memuktamadkan 95 peratus calon-calon yang akan mewakili PAS dalam PRU 14 bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagi kerusi Parlimen, PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi di samping sebahagian besar kerusi-kerusi Dun di setiap negeri. Majlis Pengisytiharan Calon-calon PAS akan diadakan serentak di negeri-negeri di seluruh negara pada 19 April 2018, kecuali Sabah dan Sarawak (21 April 2018) dan Kelantan (25 April 2018).

Dalam mesyuarat yang sama, Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari ini juga telah menerima dan meluluskan keahlian PAS kepada Yang Berbahagia Dato’ Kamilia binti Ibrahim, bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, sebagai ahli sekali gus PAS atau ahli seumur hidup.

Sekian, terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

Tarikh: 15 April 2018