Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Hak Orang Bukan Muslim Terus Terjaga Dibawah Islam

150 views
SHARE

Hak Orang Bukan Muslim Terus Terjaga Dibawah Islam
Oleh : Basyirah mohd ghani

Orang cina non-muslim perlu sedar hudud merupakan hukum bagi orang yang beragama islam sahaja.

Demikian jelas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang dalam sesi dialog bersama warga Tionghua baru-baru ini.

Tambah beliau, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa mahkamah syariah tidak boleh menjatuhkan hukuman terhadap orang bukan islam, oleh kerana orang bukan islam mempunyai undang-undang mereka tersendiri.

“Kita perlu sedar bahawa negara kita mempunyai terlalu banyak masalah jenayah, dari segi rompakan dan sebagainya.

“Salah satu tujuan undang-undang Islam adalah untuk menakut-nakutkan para penjenayah. Dan bukan mudah-mudah dalam menjatuhkan hukuman terhadap si pesalah.

“Dalam masa yang sama terdapat beberapa kawasan di negara lain yang menjalankan hukuman hudud di kawasan mereka, antaranya acheh.

“Dan acheh turut membuktikan bahawa rakyat acheh yang beragama non-muslim turut ingin menerima hukuman hudud yang mana hukuman sebat sebanyak 20 sebatan berbanding menerima hukuman penjara selama 4 bulan,” ulas beliau.