Home Uncategorized

DPPNK lapor penyelewengan Dana Tabung CAS

992
SHARE

ALOR SETAR – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah bagi membuat laporan berhubung pendedahan penyelewengan dana Tabung CAS hasil kutipan orang ramai bagi membiayai kos guaman perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi kes perpindahan bekas pemain bola sepak Kedah, Akhyar Rashid.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Setiausaha Kehormat KFA, YB Mohd Firdaus Ahmad menunjukkan jumlah Tabung CAS yang dicatatkan hanyalah berjumlah RM10 ribu lebih sahaja, sedangkan bekas Presiden KFA, YB Mukhriz mengumumkan dalam suatu sidang media bertarikh 30 Januari 2019 bahawa RM50 ribu yang dikutip telah habis digunakan bagi tujuan pembiayaan kos guaman.

DPPNK melihat terdapat keraguan pada hujah yang dikemukan oleh YB Asmirul, yang menyebut nilai RM50 ribu tersebut adalah hanya jangkaan sahaja dan bukan jumlah kutipan sebenar.

Justeru Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid bersama beberapa exco DPPNK hadir membuat laporan agar siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dapat dilakukan kerana ia melibatkan sumbangan seluruh peminat bola sepak pasukan Kedah.

โ€œKemana wang ini disimpan? Mantan Presiden KFA maklum jumlah kutipan tabung dapat RM50 ribu dan habis dibelanjakan, sedangkan YB Asmirul, ADUN Kubang Rotan pulak menyatakan menjangkakan penerimaan sebanyak RM50 ribu. Akan tetapi Exco Sukan Kedah, YB Firdaus mendedahkan hanya menerima RM10 ribu sahaja,โ€ soal Ustaz Nurul Amin.

Turut hadir Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Abdul Hadi Omar dan Exco Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Hanifi Ahmad Jamaludin.

DewanPemudaPasKedah

MemimpinNegara

MenerajuPerpaduan

KedahSejahteraNikmatUntukSemua