Home Uncategorized

Dewan Pemuda PAS Kedah buat laporan polis terhadap pemfitnah MB Kedah

6620
SHARE

Ahad 31 Mei 2020. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan polis terhadap seorang individu yang telah memfitnah dan berniat jahat utk menjatuhkan kredibiliti seorang Menteri Besar negeri Kedah.

Fitnah tersebut melalui satu pautan bualbicara yang dibuat secara lansung di laman Facebook bernama Iswandy Morni

https://www.facebook.com/IswardyM/videos/2668172136834896/

Kami mendapati beliau cuba mengaitkan YAB Hj Sanusi Md Nor pada ketika itu merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Bin Razak, dengan satu projek di Papua New Guinea.

Kenyataan tersebut merupakan suatu perkara tidak benar dan berunsur fitnah dengan niat untuk menjatuhkan reputasi beliau selaku Menteri Besar Kedah yang baru.

Kenyataan beliau antaranya kerajaan Kedah telah membayar RM2.1 juta untuk projek tersebut yang kemudiannya dibatalkan.

Beliau juga menyatakan YAB Hj Sanusi bersungguh-sungguh mahu meneruskan projek tersebut sedangkan fakta sebenar tiada keterlibatan Setiausaha Politik MB dalam projek tersebut adalah suatu kenyataan jelik yang berniat jahat (mala fide) yang berusur fitnah kepada penama.

Kenyataan jelik dan bersifat menghasut tersebut adalah tidak benar. Laporan ini dibuat bagi tujuan polis dan pihak SKMM menyiasat perkara ini di bawah seksyen 500 kanun keseksaan dan seksyen 233 (1)(a) Akta komunikasi dan multimedia 1988 serta mana mana akta yang berkaitansiasatan lanjut pihak polis dan tindakan tegas diambil bagi menghalang penulisan sedemikian diwar-warkan dimana-mana media.