Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Bertanding Di PRK Port Dickson

1466
SHARE

PAS BERTANDING DI PRK PORT DICKSON

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.


PAS telah memutuskan untuk meletak calonnya dalam PRK Port Dickson.

PAS tidak sependapat dengan UMNO dalam hal meletak calon di PD. Ini menunjukkan PAS ada prinsip dan pendirian tersendiri berasaskan perjuangan Islam yang didukung dan PAS tidak terikat dengan pihak lain.

Kerjasama PAS dengan pihak lain termasuk UMNO selama ini adalah atas dasar kerjasama untuk kebaikan dan taqwa.

(وتعاونوا على البر و التقوى)

Kita meneruskan konsep ini. Namun kita tidak terikat dengan mana-mana parti lain. Kita bukan parti gabungan mereka atau kita tidak bergabung dengan mereka sebaliknya kita adalah parti yang berasingan yang senantiasa terbuka untuk bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan dan taqwa.

Justeru itu, PAS mengundang dan mengalu-alukan semua pihak terutama mereka yang mula tidak puas hati terhadap kerajaan PH, untuk turun membantu calon PAS menyaingi dan memenangi PRK Port Dickson.

Islam Memimpin

Sekian.