Home Artikel PAS Johor

PAS Kawasan Sekijang menyambut baik usaha PAS dan UMNO berbaik demi Islam dan Melayu.

422 views
SHARE

PAS Kawasan Sekijang menyambut baik usaha PAS dan UMNO berbaik demi Islam dan Melayu.

Oleh : Normala Sudirman

Kenangan Cikgu Mala bersama isteri MB Terengganu dan isteri YB Dato’ Takiyuddin serta YB Datuk Noraini Ahmad ,Ketua Wanita UMNO Malaysia bersama pimpinan wanita UMNO dalam Muktamar PAS Pusat baru-baru ini di Terengganu Darul Iman.
Kunjung hormat anak muda UMNO Sekijang bertemu kepimpinan PAS Kawasan Sekijang bagi membincangkan beberapa penganjuran program kemasyarakatan dan aktiviti menyantuni rakyat secara bersama baru -baru ini .
Mengukuhkan blok pembangkang untuk membenamkan dominasi keangkuhan kuasa,adalah agenda penting untuk diperhalusi bersama dengan sikap jiwa besar dan lapang dada-Normala Sudirman(Cikgu Mala).

Sekijang,16 Muharram 1440H (Rabu) –

PAS Kawasan Sekijang menyambut baik sikap ditunjukan oleh kedua-dua buah parti Melayu dan Islam (PAS/UMNO) terbesar di Malaysia untuk berbaik dan berkerjasama demi menjaga kepentingan Islam dan Melayu di negara ini.

Normala Sudirman ,Setiausaha PAS Kawasan Sekijang berkata, pihaknya menyokong penuh sebarang usaha dilakukan oleh kedua-dua parti (PAS/UMNO) untuk menjalinkan kerjasama demi menjaga kepentingan Islam dan Melayu di Malaysia.

“Sudah sampai masanya, kedua-dua parti tersebut memikirkan suatu mekanisme maupun tindakan konkrit menjalinkan kerjasama bukan sahaja dari sudut politik, sebaliknya dalam semua aspek yang berkaitan masa depan umat Islam dan Melayu, di samping tidak mengenepikan hak-hak kaum lain yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, jelasnya.

Katanya lagi, Ia memandangkan, akhir-akhir (era kerajaan PH) ini kelihatannya jelas sekali, semakin berani dan vokalnya golongan-golongan tertentu tampil mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu dan bumiputera, di samping kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia.

“Apa yang berlaku ini, boleh difahami sebagai ‘kuasa politik’ umat Islam Melayu adalah sangat lemah di dalam kerajaan baru PH, menyebabkan golongan tertentu tersebut begitu berani menyuarakan pandangan dan membuat tuntutan dalam perkara-perkara yang sensitif sert boleh mencetuskan ketidakstabilan dan menggugat keharmonian dalam masyarakat, katanya.

Oleh itu, perlu ada iltizam yang bersungguh-sungguh oleh semua pihak terutama kepimpinan parti-parti politik umat Islam dan Melayu bersatu dan mengepikan kepentingan peribadi masing-masing, tegasnya.

PAS Kawasan Sekijang berpendirian bahawa bukan PAS/UMNO sahaja (menjalin kerjasama), bahkan parti-parti politik lain yang berteraskan Islam dan Melayu juga wajar mengambil inisiatif yang serupa, duduk semeja bagi mencari mekanisme menwujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk rakyat dan program kemasyarakatan atau pun di peringkat sesebuah komuniti.

Tidak mustahil juga sebuah gabungan politik di atas nama umat Islam dan Melayu di negara ini,bakal ditubuhkan kerana di dalam politik,segalanya berkemungkinan “,katanya lagi.

Perkembangan mutakhir antara PAS/UMNO seperti yang disuarakan oleh kepimpinan tertinggi di kedua-dua parti memberi mesej positif bahawa persengketaan lebih 60 tahun antara mereka (PAS/UMNO) akan berakhir, sekaligus ia membuka lembaran baru dalam landskap politik umat Islam dan Melayu di negara ini.

Normala menambah, penyatuan umat Islam dan Melayu samada melalui parti-parti politik, Ngo maupun individu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak dengan penuh kejujuran dan ketelusan serta dengan penuh keikhlasan.

Adalahmustahak buat masa kini, semua pihak meletakkan agenda kesatuan umat Islam dan Melayu lebih utama, bukannya semata-mata hanya tertumpu untuk “berlawan” dalam pilihanraya sahaja.

“Tidak ada gunanya, banyak parti politik Melayu dan Islam, tetapi tidak boleh mendapat sokongan majoiriti rakyat. Keadaan tersebut tidak menguntungkan mana-mana pihak, khususnya umat Islam dan Melayu, sebaliknya ia (parti) hanya menjadi pak turut kepada parti yang menang majoriti, tegasnya.

Terdapat juga cadangan dari ahli akar umbi agar parti-parti politik yang berteraskan Melayu Islam di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), “Duduk Semeja” dan mencari mekanisme terbaik bagi memperkukuhkan penguasaan umat Melayu Islam dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya, di samping tidak mengabaikan kepentingan kaum-kaum lain yang di jamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa yang sedang berlaku di antara PAS/UMNO juga merupakan hasrat seluruh kepimpinan Ngo-Ngo kedah yang hadir dalam persidangan tersebut. UMMAH Kedah mendoakan penyatuan kedua-dua parti tersebut tercapai di atas matlamat untuk menjaga kepentingan Islam dan Melayu di negara ini, katanya lagi.

Justeru, kami mengharapkan kedua-dua kepimpinan parti PAS/UMNO khususnya di Johor agar dapat menyegerakan usaha tersebut supaya masa depan umat Islam dan Melayu lebih terjamin dan sejahtera di Malaysia.