Home Kenyataan Media PAS Melaka

PAS ALU – ALUKAN PENDIRIAN PIMPINAN PPBM

114 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)- Melaka

PAS ALU – ALUKAN PENDIRIAN PIMPINAN PPBM

1. PAS Negeri Melaka menyokong kenyataan Datuk YB Mohd Rafiq Naizamohideen terhadap senario terbaru yang berlaku kepada politik dalaman PH.

2. Saya berpendapat, sudah sampai masanya PPBM mengkaji kedudukan parti tersebut dalam kompenan PH yang semakin bercelaru.

3. DAP umpama ‘api dalam sekam’. PAS pernah bersama dengan parti DAP semasa Pakatan Rakyat dan PAS amat memahami hala tuju serta agenda DAP. DAP akan desak parti kompenan untuk mengikut telunjuk mereka.

4. Justeru, sebelum perkara yang lebih besar berlaku dalam PH adalah lebih baik, PPBM membuat keputusan awal untuk meninggalkan PH. Dan agenda melayu, akan terabai kalau PPBM terus bersama mereka.

“Islam Memimpin Perpaduan”

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Melaka
23 Oktober 2019 | 24 Safar 144H