Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS Tawau anjur Tayangan Bola dan Kempen Kesedaran Buy Muslim First.

167 views
SHARE

Oleh : Anna Tan

23 Oktober 2019

TAWAU ~ Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT), melalui Lajnah Pengguna Dan Alam Sekitar dengan kerjasama DACS dan Media Warta Tawau pada 20 Oktober baru-baru ini telah mengadakan Tayangan Bola antara Manchester United Vs Liverfool dan Kempen Kesedaran ‘Buy Muslim First’ (BMF) di Restoran Aimicha, Tepian Fajar.

Ketua DPPKT, Ustaz Rosli Hasan, berkata, tujuan tayangan bola tersebut diadakan adalah untuk meraikan peminat-peminat bola disamping memberi kesedaran perlu mengutamakan membeli barang buatan muslim dan berbelanja di kedai-kedai muslim.

Ustaz Rosli turut mengingatkan agar para penyokong sentiasa berlapang dada dan sentiasa menjaga etika sebagai Muslim dalam meminati sesuatu kelab.

“Paling penting kita hendaklah tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim,” katanya.

Manakala pengerusi LPAS, Ustaz Syarifuddin turut mengingatkan para penyokong agar sentiasa menyokong serta berusaha mengutamakan membeli produk keluaran muslim.

“Ini kerana peniaga muslim sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan serta kehalalan sumber sentiasa dititik beratkan,”.

Tambahnya lagi, peniaga muslim adalah pembayar zakat yang akan digunakan semula oleh umat Islam.