Home Artikel PAS Johor

Komik kontroversi : PAS Johor ambil tindakan sewajarnya

311
SHARE

Komik kontroversi : PAS Johor ambil tindakan sewajarnya

‘AISYAA YASMIN / 23 Oktober 2019

JOHOR: PAS Johor turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengharamkan komik kontroversi yang hangat diperkatakan darsawarsa ini.

Sebelum itu, lajnah penerangan setiap Kawasan di negeri Johor tidak berdiam diri dengan isu komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang sedang hangat diperkatakan darsawarsa ini.

PAS Johor menerusi Setiausaha Lajnah Penerangan negeri, Khir Samsudin berkata beliau mensasarkan semua kawasan akan membuat laporan polis berhubung isu kebiadaban dan antara kawasan yang telah mengambil tindakan itu ialah PAS Kawasan Batu Pahat, Kulai,Tebrau, Pontian, Pagoh, Pasir Gudang,Segamat, Ledang, dan Johor Bahru.

Beliau berkata,rasa tidak puas hati dan kecewa dengan komik kontroversi ciptaan DAP yang tidak mendapat kelulusan KPM seperti yang dinyatakan oleh menterinya, didakwa menyebarkan propaganda berbaur hasutan dan penyelewengan sejarah telah mengundang kemarahan netizen.

Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, ekoran beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh pimpinan dan aktivis PAS, selain desakan daripada rakyat Malaysia yang prihatin supaya tindakan diambil untuk menyekat pengaruh yang boleh merosakkan keharmonian negara, perintah larangan terhadap komik tersebut telah dikeluarkan.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan media semalam.

Tegasnya lagi, beliau turut mendesak agar dalang disebalik kekecohan ini dibawa ke muka pengadilan.