Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Pak Subky : Insan Istiqamah Sehingga Akhir Hayat

966
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia

Pak Subky : Insan Istiqamah Sehingga Akhir Hayat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Tuan Haji Ahmad Subki Abdul Latif atau lebih mesra dengan panggilan Pak Subky atas pemergian Almarhum di rumah beliau sekitar jam 11.05 pagi ini, 23 Jun 2020 bersamaan 1 Zulkaedah 1441.

Almarhum Pak Subky istiqamah bersama perjuangan PAS hingga hujung nyawa beliau. Almarhum melihat perjalanan jatuh bangun serta jerih perih PAS sebagai gerakan Islam yang berjuang menegakkan Islam di Malaysia.

Almarhum adalah pengasas dan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, sebuah platform bagi mengumpulkan veteran parti dan bergerak aktif ke seluruh negara untuk menggerakkan As-Sabiqun.

Almarhum adalah arkib bergerak PAS, dengan kekuatan daya ingatan yang sangat kuat terhadap perjalanan sejarah PAS yang panjang.

Almarhum juga merupakan pengasas akhbar Harakah dan terus menjadi kolumnis, sehingga ke akhir hayat. Tulisan Almarhum menjadi sumber inspirasi kepada ahli PAS secara khusus dan masyarakat secara amnya.

Semoga Almarhum ditempatkan bersama syuhada dan orang-orang bertaqwa di syurga Allah SWT.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
23 Jun 2020 | 1 Zulkaedah 1441