Home Uncategorized

Munajat & Solat Hajat Perdana Isu Fitnah Terhadap PAS

753
SHARE

MUNAJAT DAN SOLAT HAJAT PERDANA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU, ISU FITNAH TERHADAP PAS.

MUTAKHIR ini, perjuangan Islam dihadapkan serangan bertali arus daripada pelbagai sudut, terutama melalui aplikasi media baharu. Setiap hari fitnah semakin menjadi-jadi tanpa kawalan terhadap PAS dan juga kepimpinan parti.

Oleh itu, barisan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu menyahut seruan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS agar seluruh pimpinan, ahli dan penyokong PAS bermunajat dan mengadu kepada Allah Yang Maha Kuasa dengan menunaikan solat hajat, berpuasa, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan amal kebajikan serta bertawassul memohon pertolongan Allah.

Semoga Allah menyatukan dan memperteguhkan hati-hati kita dan seluruh umat Islam di Malaysia serta diselamatkan daripada segala fitnah yang melanda.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah: 153]

Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu juga ingin menyeru muslimin dan muslimat di seluruh Terengganu supaya hadir beramai-ramai ke Masjid Rusila pada 7 Mac 2019 untuk Solat Isya’ berjemaah dan bersama-sama bermunajat serta solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT supaya melindungi Parti PAS dan juga pimpinan yang sedang berhadapan dengan fitnah.

“Islam Memimpin”

Puan Hajah Zarani Othman,
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT)