Home Artikel PAS Pulau Pinang

Assabiqat diraikan sempena Majlis Aidil Fitri

350
SHARE

 

PERMATANG PAUH: PAS Cawangan Permatang Tok Kandu telah mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri dalam suasana meriah tapi sederhana di Dewan Haji Zaidi, Kampung Pertama, di sini semalam.

Selain menjamu selera juadah hari raya dan saling bersilaturahim sesama hadirin, istimewanya juga majlis turut meraikan para assabiqat istiqamah yang aktif memberi peranan kepada parti.

Mereka ialah Haloyah Hashim, Chek Bashah Abdulla, Salmiah Salleh dan Abdul Wahab Ghani yang telah diberi sumbangan penghargaan yang disediakan pihak PAS Permatang Tok Kandu.

Penyampaian khas tersebut telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan dan isteri, Itam Baharum yang turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak.

Ketua PAS Permatang Tok Kandu, Jamaluddin Abdul Hamid dalam ucapannya berharap majlis seperti itu terus menyatukan fikrah antara ahli dan masyarakat ke arah memartabatkan Islam.