Home Artikel PAS Johor

Dua Parti Komponen Sama Meraikan Aidil Fitri

988
SHARE

Dua Parti Komponen Sama Meraikan Aidil Fitri

PASIR GUDANG – PAS Pasir Gudang berbesar hati meraikan jemputan Majlis Aidul Fitri Umno Bahagian Pasir Gudang yang telah dianjurkan di Restoran BZ Taman Rinting, semalam.

Hampir 50 orang ahli PAS dari Pasir Gudang bertandang ke majlis tersebut diketuai oleh YDP PAS kawasan, Tuan Haji Azhari Mohd.

Program dimulakan pada jam 8.00 malam dengan ucapan Naib Presiden Umno merangkap Ketua Bahagian Umno Pasir Gudang, Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin.

Dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar budaya kunjung mengunjung yang diamalkan di negara ini terus diamalkan untuk mengeratkan silaturrahim antara rakyat berbilang kaum tanpa mengira agama, darjat dan peringkat usia.

Dianggarkan seramai 1500 orang hadir ke majlis ini termasuk pimpinan kedua-dua parti dan NGO