Oleh CHE MAZIAH MAT
PASIR PUTEH, 16 Ogos: Program Mobilisasi Vaksin Kominiti (MOVAK) inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan yang melibatkan Pusat Khidmat Dun setempat, berupaya mempercepatkan negeri ini mencapai peratusan imuniti kelompok.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak YB Wan Hasan Wan Ibrahim berkata demikian pada siri keempat program vaksinasi komuniti.
“Saya sangat bersyukur kerana melalui program ini kita berjaya memberi 300 suntikan kepada penerima bagi dos pertama dan sebanyak 300 suntikan kepada penerima dos kedua,” katanya ketika ditemui media di Masjid At Taqwa Cherang Ruku, semalam.
Dalam hal lain, beliau mengajak semua pihak supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekaligus mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menangani wabak COVID-19 yang memfokuskan sepenuh perhatian kepada strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN).