Home Rencana PAS Selangor

Allahyarham Abd Halim Muda seorang yang komited & istiqamah – BPPN Selangor

319
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎وجِعون إِنالله Al-Fatehah Badan Perhubungan PAS Selangor merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga, teman-teman dan rakan taulan ABD HALIM BIN MUDA @ MUSA (Penolong Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Selangor Semoga Allah SWT mencucuri dan merahmati ruh beliau dan ditempatkan bersama para muttaqin dan solihin. 16 Ogos 2021 Muharram 1443H daripada: BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR #PASSelangr LAJNAH PENERANGAN MEDIA BARU BADAN PERHUBUNGANPAS EGERI ELANGOR #BersamaMembawaSejahtera #Demilslam #SalamTakziah‎"‎‎

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

PERUTUSAN TAKZIAH
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

Oleh : Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor kehilangan seorang ahli yang komited dan istiqamah dengan gerak kerja parti. Seorang yang lemah lembut, peramah dan banyak sumbangan kerja-kerja parti di peringkat PAS Selangor.

Allahyarham Saudara Abd Halim Muda merupakan Penolong Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Selangor dan juga mantan kakitangan Pejabat Perhubungan PAS. Berita pemergian beliau sangat mendukacitakan seluruh ahli PAS Selangor sebagai seorang yang lama dalam aktiviti parti.

Beliau meninggal dunia pada 16/08/2021 jam 5.30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, akibat COVID 19.

“Salam Takziah buat isteri dan ahli keluarga beliau, sahabat seperjuangan. Semoga Allah SWT merahmati, mengampunkan dosa dan ditempatkan bersama para solihin”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor