Home Berita PAS Kelantan

ADUN Guchil turun padang bincang isu prasarana setempat

166
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KUALA KRAI, 15 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah turun padang meraikan permintaan penduduk Kampung Bekok untuk membincangkan isu prasarana membabitkan kemudahan awam demi keselesaan penduduk setempat.

Menurut YB Hilmi, antara perkara yang dibincangkan baru-baru ini Ialah tentang pembinaan jalan baharu menghubungkan Kampung Bekok – Tualang ke Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang.

“Selain itu, turut dibincangkan tentang pembinaan jalan melalui ladang sawit sejauh 3 kilometer menebusi jalan besar berhampiran Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) untuk menjamin kelangsungan bandar Kuala Krai apabila siapnya Lebuhraya Central Spine Road (CSR) nanti” katanya ketika dihubungi.