Home Kenyataan Media PAS Melaka

Menyokong Kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Berhubung Isu Malaysia Tatoo Expo Langgar Budaya Malaysia

248
SHARE

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI MELAKA


Menyokong Kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Berhubung Isu Malaysia Tatoo Expo Langgar Budaya Malaysia

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyelar penganjur Program Malaysia Tatoo Expo 2019, yang pertama kalinya diadakan di Semenanjung Malaysia yang telah berlangsung di KLCC mulai 29 November hingga 1 Disember 2019. Expo seperti ini pernah diadakan di tahun-tahun lalu tetapi berlangsung di Negeri Sabah. Baca lanjut di pautan:


Malaysia Tatoo Expo langgar budaya Malaysia


Justeru, kami Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka menyokong penuh kenyataan Ketua DMPM berhubung isu Malaysia Tatoo Expo sebagai satu perkara yang melanggar budaya Malaysia yang penuh adab dan tatasusila.

Kami mendesak agar kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini agar ia tidak menjadi normalisasi dalam masyarakat. Kementerian yang terlibat perlu peka dan sensetif terhadap penganjuran program berunsur soft porn ini agar mesej “rahmatan lil alamin” yang dibawa kerajaan bukanlah sesuatu yang retorik !

PUAN HAJAH AZIAH BINTI MD SAAD
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI MELAKA
4 DISEMBER 2019


Kelolaan Wartawan Rakyat Melaka (WARM)