Home Kenyataan Media PAS Kedah

Komunis dijulang, kebajikan rakyat dilupakan

390
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
04 Disember 2019

KOMUNIS DIJULANG, KEBAJIKAN RAKYAT DILUPAKAN

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) kesal dengan tindakan sebahagian parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah mengangkat komunis sebagai hero mutakhir ini dan semakin melupakan isu kebajikan rakyat yang sepatutnya diutamakan. Isu Chin Peng lambang kepada agenda komunisme yang menjadi “luka berdarah” bagi rakyat Malaysia.

2. Jika dahulu sebelum PH menguasai Putrajaya melalui Piliharaya Umum ke-14 (PRU14), kita tidak mendengar isu sensitif seumpama ni, akan tetapi apabila PH yang didominasi oleh DAP menguasai Putrajaya, komunis yang diharamkan oleh kerajaan seperti mahu dihidupkan kembali.

3. Sejarah tidak melupakan bagaimana episod kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) membunuh 11 ribu rakyat Malaysia semasa darurat, akan tetapi seolah-olah dilupakan oleh para Pemimpin Melayu dalam kerajaan PH yang memegang kuasa dengan memberi signal hijau terhadap program menghidupkan ideologi komunis dan PKM yang sudah diharamkan.

4. Dalam keadaan rakyat di tekan dengan tekanan ekonomi disebabkan ketidaktentuan polisi kerajaan PH, kerajaan PH terus-menerus menimbulkan pelbagai kontroversi melibatkan ketegangan kaum seperti yang isu abu Pemimpin PKM, Chin Peng baru-baru ini. Pihak PDRM digesa untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya dalam isu sebegini.

5. Hal sebegini juga harus dielak dan akhirnya mengganggu perpaduan kaum dan juga memberi impak negatif kepada ekonomi negara. Pelabur akan berasa bimbang disebabkan ketidakstabilan dan keharmonian diantara kaum dan seterusnya memberi impak yang negatif kepada negara.

6. Kami merasakan isu-isu ini sengaja dibangkitkan bagi menenggelamkan perpecahan dalam kerajaan kerajaan PH terutamanya menjelang konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyaksikan kem DSAI bertembung dengan kem DSAA.

7. Bagi kami, sudah-sudahlah hanya memikirkan soal kepentingan peribadi yang akhirnya menyebabkan bumi dipijak milik orang. Orang Melayu PKR dan BERSATU di dalam PH adalah dinasihatkan supaya tidak mandul dan bisu menghadapi gerakan normalisasi komunis yang berselindung di sebalik kuasa kerajaan PH. Mereka perlu menjadi pendesak dalam kerajaan PH, kerana rakyat sudah meluat dengan sikap “buat apa saja,lepas tu minta maaf”, bagi kami sekali paku tercucuk di kayu, kesan di kayu akan kekal selamanya.

“Demi Islam”

YANG BENAR

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah