Home Artikel PAS Perlis

Jom Minum Pagi Sambil Beramal Bersama ADUN Merbau Pulas

331
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar akan menganjurkan program Minum Pagi Bersama YB Dato’ Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali, bertempat di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, dekat sini pada 8 Disember nanti.

Pengarah program, Firus Firdaus berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan mengumpul dana bagi menampung perbelanjaan gerak kerja dan aktiviti-aktiviti DMPKK di samping membuka ruang kepada para hadirin untuk beramah mesra dengan ADUN Merbau Pulas berkenaan.

“Insya Allah, beliau (Dato’ Hajjah Siti Ashah) dan Ustaz Yussaine Yahya (YDP PAS Kawasan Kangar) akan meluangkan masa bersama-sama para peserta, memberikan penerangan isu-isu semasa pada hari tersebut.

“Konsepnya minum pagi sambil beramal, iaitu di samping minum pagi bersama tetamu jemputan, para peserta juga dapat menyumbang kepada DMPKK,” jelas beliau ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, mereka yang berminat menyertai program tersebut, bolehlah mendapatkan kupon daripada wakil DMPKK dengan harga RM10.

“Sekiranya ada sebarang pertanyaan berhubung program ini, bolehlah hubungi wakil DMPKK Maria Abu Hassan di talian 017 5697262,” katanya.