Home Berita PAS Kelantan

Menteri Besar terima laporan persidangan Dewan Negara

38
SHARE
KOTA BHARU, 14 Jul: YAB Dato’ Ahmad Yakob menerima kunjungan dari YBhg Senator Puan Asmak Husin, di Pejabat Menteri Besar petang tadi. YAB Dato’ Menteri Besar menerima beberapa laporan berkaitan persidangan Dewan Negara yang diserahkan oleh YBhg. Senator.
YAB Dato; Menteri Besar menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg Senator atas usaha dan komitmen sepanjang mewakili negeri Kelantan khususnya melonjakkan nama baik negeri Kelantan setiap kali tempoh persidangan.