Home Berita PAS Wilayah

Pesakit kanser terima kerusi roda dari MPP Batu

28
SHARE

BATU 13 JULAI: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu komited menjaga kebajikan penduduk setempat dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Taman Dato’ Senu baru-baru ini.

Mewakili Penasihat Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merangkap Penyelaras Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya, beberapa sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi MPP Sub Zon 2, Abu Bakar Abdul Rahman.

Sumbangan berupa kerusi roda telah diberikan kepada Faridah Zakaria yang merupakan seorang pesakit kanser tahap 4 bagi membantu memudahkan pergerakan beliau.

Anak lelaki beliau yang merupakan seorang pemandu dan tidak dapat meneruskan pekerjaan akibat pendemik Covid-19 ini turut diberi bantuan berupa lampin pakai buang memandangkan beliau juga memiliki 7 orang anak yang masih kecil.

Pihak keluarga Faridah Zakaria yang diwakili oleh menantu beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan Wilayah Persekutuan atas sumbangan yang diberikan.

MPP Zon Batu akan terus komited membantu penduduk setempat yang memerlukan serta membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu memberikan sumbangan agar lebih ramai pihak dapat dibantu.