Home Berita PAS Perak

Bantuan COVID-19: PAS Padang Rengas prihatin rakyat

46
SHARE

Bantuan COVID-19: PAS Padang Rengas prihatin rakyat
Oleh: Abu Hakam

PADANG RENGAS, Keprihatinan PAS Kawasan Padang Rengas bagi membantu golongan yang memerlukan adalah sebagai sokongan kepada mereka dalam menempuhi kesukaran ketika pandemik COVID-19.

Sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara setahun lalu, lebih 500 pek sumbangan dalam bentuk barang keperluan dan pek makanan telah diagihkan melalui PAS Kawasan Padang Rengas.

“Sumbangan yang diberikan sebagai tanda prihatin PAS Kawasan Padang Rengas khususnya masyarakat yang berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan.

“Malah lebih bermakna apabila kesemua sumbangan tersebut datangnya daripada ahli dan cawangan PAS dalam Kawasan Padang Rengas,” ujar salah seorang wakil Pasukan Bantuan COVID-19 PAS Padang Rengas, Najmi Yassin.

Beliau turut menjelaskan, barangan keperluan dan pek makanan yang telah diagihkan bernilai RM20 ribu sejak pandemik COVID-19 melanda negara melibatkan masyarakat di DUN Lubuk Merbau dan DUN Chenderoh.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Rengas, Ahmad Farid Mustafa memaklumkan permohonan bantuan secara dalam talian turut disediakan dengan kelulusan diberikan berdasarkan keutamaan dan keperluan pemohon.

“Inisiatif yang dilakukan adalah dengan bekerjasama dengan JPKK dan juga PAS cawangan-cawangan memberikan impak positif.

“Ribuan terima kasih kepada semua pihak dan diharapkan kita terus dapat menjaga SOP dan mematuhi arahan MKN agar terputus rantaian COVID-19,” kata Farid lagi.